Saturday, December 17, 2016

Fakta Tepung

1. Tepung gandum bahan peluntur

Sumber: MyMetro pada 18 Februari 2012

KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.



2. Kementerian Kesihatan Malaysia : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar

Sumber: MyMetro pada 18 Februari 2012


KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.


3. Carigold.com pada 25 November 2011: Tepung Gandum di Malaysia BAHAYA


"saya just nak share dan nak minta juga komen2 dari cgrian semua. Baru-baru ni saya jupe seorang rakan yang kerja dengan sebuah company dari Dubai yang eksport tepung gandum.

Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada bahan kimia...saya simpulkan dulu cite dia...katanya...tepung gandum sebenarnya warna putih mcm vanila...bukan putih mcm tepung yang kita biasa jumpa di market. Katanya tepung yang terhasil dan bewarna putih vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi di malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..so kalernye mcm teh. So nak buang kaler teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?

Benzoyl Peroxide adalah :
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Bila dah letak bahan ni...zat2 kat tepung tu sume hilang. So kalau dah hilang..camne? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah n murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada tepung putih ni sebab takde zat dah...dan padanlah ramai rakyat malaysia ramai kena kanser...dan budak2 sekarang makin teruk perangai.

Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung mmg guna tepung ni. Dia bagitau saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari Dubai. So antara brand yang pakai tepung asli ni dan bebas dari bahan kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.

Ni sekadar info...saya pun tak tau boleh ke stop pakai tepung ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL PEROXIDE atau BLEACH."


4. Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?

Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).

Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.

Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.

Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan. 

5. Ambil sikap perihatin dalam berbelanja.

Pastikan anda tahu bahan-bahan yang digunakan menghasilkan sesuatu produk itu selamat digunakan. Bagaimana nak kenalpasti? Sekarang ini informasi di hujung jari. Kita ada badan-badan seperti KKM, KPDNKK JAKIM, PPIM dan para aktivis yang bergerak mengenal pasti produk bahaya dan menyebarkan maklumat. Kena la rajin selidik maklumat-maklumat yang diperoleh.


Lebih selamat sekiranya kita membeli dengan orang yang kita kenal. Kalau ada pilihan membeli dengan orang Islam, itu lebih baik.


No comments:

Post a Comment