Monday, January 16, 2017

8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak

Memberi pendedahan kepada sesuatu yang baru buat anak-anak ada ketikanya memberi cabaran buat ibu dan bapa, namun jika dilihat pada sudut yang positif, anak-anak akan dapat mempelajari benda baru, dan dijadikan sebagai pengalaman buat mereka. Ianya menjadi lebih bermakna apabila ibubapa melibatkan diri di dalam proses ini.


Jangan meletakkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru sahaja. Ini akan menjadi punca anak-anak tidak merujuk atau berkongsi masalah atau pengalaman dengan anda (ibubapa). Karier itu penting tetapi hubungan dengan anak-anak lebih penting. Mereka mahukan perhatian. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan anak-anak beroleh manfaat.


Terdapat 8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak


1. Sentiasa Update Perihal Anak-Anak dengan Guru.
2. Kenal Pasti Kelebihan Anak-anak.
3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi
4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
5. Bermain dengan Anak-anak.
6. Bacakan untuk Anak-anak.
7. Hadkan Penggunaan Gajet
8. Percaya dan Hargai Guru

Keterangan:

1. Komunikasi

Guru merupakan partner anda (ibubapa) dalam mendidik anak-anak. Berkongsilah sebarang perkembangan anak-anak di rumah dengan guru. Ini memberi mereka kefahaman tentang status terkini anak-anak. Kenal pasti guru-guru yang rapat atau perihatin dengan anak-anak anda, Sekurang-kurangnya seorang. Kalau takde jugak gur besar atau kaunselor pun jadilah daripada takde langsung. Put some effort.

2. Kenal Pasti Kelebihan Anak

Jangan letak STANDARD yg MELAMPAU kepada anak-anak sebelum anda faham kelebihan anak-anak anda. Ramai ibubapa terlalu focus kepada pencapaian anak-anak dengan ujian-ujian akademik semata-mata. Anak-anak mempunyai karakter individu yang berbeza dan bakat tersendiri. Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling perlu tahu yang anak mereka memang berbeza. Fahamilah karekter anak-anak anda. Dia minat muzik ke dia suka melukis. Beri peluang mereka mencuba aktiviti-aktiviti yang boleh mengasah bakat.

3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi

Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan anak-anak tingkatkan self-control and efficacy. Macam sesuatu yang TABOO atau AWKWARD dalam masyarakat bila kita galakkan perbincangan yang serius diadakan antara ibu bapa dan anak. Ada anak-anak macam malu nak luahkan perasaan and needs sebab di rumah mereka tidak diajar untuk menzahirkan perasaan. Bila kat sekolah, malu tak kena tempat tu berlanjutan. Malu nak tanya soalan. Malu nak jawab soalan.

4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
Tolonglah ambil tahu. Tanya guru peningkatan dan aktiviti anak-anak, tapi biar berpada. Datang sekolah. Jangan ngelat bila ada report card day. Sekali sekala hantar anak sampai ke dalam kelas. Check stationary dalam beg cukup ke tidak. Volunteering adalah perkara yang terbaik untuk tahu hal-hal sekolah supaya ibu bapa kekal cakna perkembangan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah lagi suka kalau ada ibu bapa yang volunteer nak involve mana-mana events.

5. Bermain Bersama Anak

Jangan harapkan sekolah sahaja yang bagi peluang bermain kepada anak-anak. Jangan kunci rumah bila anak di rumah. Teman anak anda bermain di luar. Luangkan masa bersama. Jangan bagi otak anak berhenti time weekend sebab anda malas untuk melayan karenah mereka. Carilah permainan yang melibatkan interaksi dua hala seperti throw and catch, bola sepak, bola baling, sorok-sorok, masak-masak, doctor pesakit, lego, domino dan macam-macam lagi. Kalau rasa outdoor susah, mulakan dengan indoor.



6. Bacakan Untuk Anak

Bacakan anak anda sekali sebenarnya tak cukup. Kalau boleh tiga kali sehari. Bukanlah bermaksud bila cakap membaca tu ibarat nak bacakan cerita panjang-panjang. Jenuh lah jugak kan. Ada banyak jenis bahan bacaan. Soft book, predictable book, picture cards/book, flash card, big book, wordless book. Eh, banyaklah. Nak seribu daya. Oh ya, sedikit tips, janganlah skema sangat baca buku dari awal hingga akhir. Tanyalah karakter apa yang baik, apa yang akan berlaku next, recognize vocab baru. Kalau rasa susah nak baca, tengok lah rancangan kartun bersama-sama. Layan kan aja walau pun anda tak minat. Sekurang-kurangnya kita hargai minat anak-anak.


7. Hadkan Penggunaan Gajet

TV, ipad, tablet, games, ps4, xbox tolonglah kurangkan. Bukan tak boleh. Tapi kurangkan, hadkan dan pantau isi kandungan Letakkan had di dalam penggunaan gajet terutamanya waktu makan, waktu bermain di luar, waktu belajar dan waktu tidur. Makin lama anak-anak meluangkan masa dengan gajet, makin kurang mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Mereka akan menjadi lebih takut berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ini juga membuka ruang kepada gejala buli. Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang bercakap di atas kesilapan sendiri. Kini banyak kes mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang terlalu lama meluangkan bermain gajet.

8. Percaya dan Hargai Guru

Percayakan guru anak anda. Mereka professional dalam bidang mendidik anak-anak. Kalau guru pesan suruh banyakkan bercakap di rumah sebab anak kurang bercakap di sekolah, cuba la dengar nasihat. Lagi-lagi JIKA anak-anak ada potensi mempunyai masalah pembelajaran seperti dsylexia, autism, adhd dan lain-lain. Guru-guru boleh mengesan jika anak anda lain daripada yang lain. Mereka boleh beri nasihat supaya jumpa yang doktor pakar.


Persepsi ibu bapa macam tak boleh nak terima anak itu ada kekurangan. Ingat, lagi awal kekurangan dapat di kesan, lagi cepat kita boleh bantu untuk kurangkan masalah pembelajaran. Jangan bila dah masuk sekolah rendah, kita redha je anak masuk kelas pemulihan dek kerana ego ibu bapa yang tak percaya dan terlambat percaya dengan seorang guru tadika.



Ramai pandang rendah kerjaya seorang guru tadika. Kerana ego mungkin sebab berkerjaya lebih besar dan gaji lebih banyak dari seorang guru. Masa anak anda terluang lebih banyak dengan guru berbanding anda. Jangan salahkan anak-anak kalua dah tua nanti anda dihantar ke rumah orang tua atau tiada yang balik menjenguk kerana semasa mereka kecil anda terlalu sibuk dengan karier anda. Masa akan dating mereka pun akan ikut teladan anda dan sibuk dengan karier masing-masing.


Berilah penghargaan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak. Lebih bagus kalau anda boleh beri penghargaan anda secara sendiri. Jangan tunggu Hari Guru atau Hari Anugerah.


Anuar Fitri Chetak
16 Januari 2017.

No comments:

Post a Comment