Surah ini merupakan surah yg paling pendek di dalam
Al-quran. Hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah.
Bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu. Warnanya
pula lebih putih daripada susu. Baunya lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
S.A.W.
Surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2
orang yang dikasihi. Iaitu anak lelakinya ibrahim dan bapa saudaranya abu
talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini:
1.
Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan
allah s.w.t memakbulkan doa kita.
2.
Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan
di leher, Insya ALLAH hilang dahaga.
3.
Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, Sapukan
air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, Baca surah ini 10x
mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
5.
Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
6.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan
khusyuk ketika menunaikan solat.
7.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH
S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Rasulullah bersabda:
‘Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang
mengamalkan. Maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia
akan tetap memperoleh pahala.’
Sekian dahulu.
Terima kasih kerana sudi membaca. jemput baca post2 lain yg
ada di blog ini.
Ape2 pertanyaan atau pesanan boleh hubungi 012 – 669 5761 (NuA).
No comments:
Post a Comment