Tuesday, November 3, 2015

Multi tasking VS Single tasking: Yg Mana lebih produktif


Saya berpendapat single tasking lebih baik di mana kita lebih fokus dalam melakukan sesuatau aktiviti atau perkara. Dengan pengurusan masa yang betul single tasking boleh membentuk serial tasking yg sangat produktif. 




Multi-tasking adalah gaya kerja di mana kita melakukan 2-3 atau lebih aktiviti serentak. Sebagai contoh, kita sedang menaip laporan pejabat dan pada masa yang sama kita juga melayari facebook, menonton video muzik di youtube, mengambil sarapan dan berinstagram. Perhatian kita dibahagikan kepada beberapa perkara untuk dilakukan secara bersambung-sambung dan bergilir-gilir.

Single Tasking pula adalah gaya kerja di mana kita melakukan 1 aktiviti pada 1 masa sehingga ianya siap. Aktiviti yang kedua akan bermula sebaik sahaja selesai aktiviti yang pertama. Melalui cara ini focus 100% diberikan untuk 1 kerja.

Lazimnya, kita akan berasa lebih efektif dan produktif apabila kita melakukan beberapa kerja serentak kerana pada akal fikiran kita dengan melakukan beberapa kerja serentak akan menghasilkan kerja yang lengkap dengan kuantiti yang banyak di penghujung masa yang ditetapkan.  

Pada hakikatnya apa yang berlaku adalah di sebaliknya berdasarkan sebuah artikel kajian bertajuk ‘Harvard Business Review’. Keberkesanan otak akan menurun ke 40% apabila kita melakukan multi-tasking. Ini kerana otak memerlukan masa 5-15 minit untuk re-fokus kepada sesuatu aktiviti atau perkara apabila perhatian dipindahkan. Ini menyebabkan kualiti kerja akan menurun dan lebih masa diperlukan.

Hasil kajian menyatakan bahawa single tasking menghasilkan kerja yang lebih produktif di mana lebih banyak tumpuan, penelitian dan kreativiti dapat diberikan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. Single-Tasking boleh diaturkan dengan kemas bagi mewujudkan serial tasking. Bebanan pada otak akan menjadi kurang dan kita akan menjadi lebih focus kepada sesuatu kerja atau perkara.

Seperti apabila kita makan sebiji burger, kita akan rassa selesa dan puas hati apabila kita makan dengan tertib 1 gigitan pada 1 masa. Tidak bercakap ketika makan akan menjimatkan masa yang diperuntukkan untuk makan. Boleh berborak apabila selesai makan. Nampak lebih sopan dan beradab.

Kesimpulannya single tasking lebih produktif berbanding multi-tasking.

Ini adalah pendapat saya. Setiap orang mempunyai pandangan masing2 dan bebas untuk mengikut apa yang mereka rasa betul.


Terima kasih kerana membaca sampai habis. 

No comments:

Post a Comment