Sunday, December 13, 2015

Marah & Kesannya Terhadap Tubuh Kita

Assalamu ‘Alaykum & Salam Sejahtera.

Hari aku nak menulis tentang MARAH. Ape yg best sangat pasal MARAH ni? Seronok ke MARAH ni? Ape implikasi MARAH kepada kesihatan kita semua?



MARAH ni adalah sejenis perasaan atau emosi di mana kita berada di dalam kedudukan emosi  yang kurang stabil. Setengah orang boleh kawal, setengah orang pendam dan setengah orang x dapat nak kawal.

Kita akan mudah untuk marah atau naik hangin atau meletop apabila fizikal atau mental kita berada dalam keadaan yang kurang baik seperti keletihan atau tertekan dan sebagainya. Ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan seseorang itu mengawal emosi dia sendiri.



Jika emosi marah itu dikendalikan dengan berhemah, maka ia tidak akan membawa kesan yang negative, namun sebaliknya jika ia dibiarkan atau diLAYAN tanpa berlandaskan nilai-nilai murni seperti bersangka baik, berfikir positif, mengambil wudhu dan sebagainya, maka ianya akan mendatangkan kesan yang negative terhadap kehidupan kita. Namun jika emosi marah dizahirkan dengan sebab-sebab yang mewajibkan kita untuk marah seperti kita berasa sangat marah apabila umat Islam disiksa atau dizalimi, ianya menjadi satu kewajipan  dan tidak boleh berdiam diri. Marah yang dilarang ialah marah yang mengikut hawa nafsu.

Iklan Sket: Jom Rawat resdung anda hari ini. Dapatkan SINUS CURE segera. Penawar Resdung berasaskan tumbuhan yg mendapat kelulusan KKM. Ramai telah Berjaya. Hubungi 012 – 669 5761. Jangan marah ye….




Jantung kita akan berdegup dengan sangat laju secara mengejut apabila kita berada dalam keadaan marah. Pada masa yang darah & oksigen dipam dengan tekanan yang lebih kuat dan mengalir dengan lebih laju daripada kebiasaan (tekanan darah meningkat). Badan akan menjadi sangat responsive terhadap tekanan dan menghasilkan hormone kortisol yang juga dikenali sebagai hormone tekanan. Hormon kortisol berfungsi menghasilkan tenaga bagi tujuan ‘survival’ meningkatkan fungsi memori, meningkatkan ketahanan tubuh dan menurunkan kepekaan terhadap rasa sakit.

Kesemua perubahan ini berlaku secara mendadak dan kesannya bergantung kepada berapa lama seseorang itu berada dalam keadaan marah atau tertekan, sekuat mana kemarahan yang dialami dan berapakah kekerapan dia memilih untuk berada dalam keadaan yang marah. Kortisol yang dikeluaran secara berlebihan dan kerap akan menyebabkan arteriosclerosis (penggumpalan plak lemak pada dinding saluran darah menyebabkan ruang pengaliran darah pada saluran mengecil dan akhir tersumbat).



Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Ahli Kardiologi Amerika, melalui jurnal yang mereka terbitkan, perasaan marah dapat meningkatkan kemungkinan penyakit jantung koroner akut sebanyak 19% bagi seseorang yang tidak mempunyai penyakit jantung, dan 24% bagi seseorang yang memang mempunyai penyakit jantung. 

Ma Shaa ALLAH.

Inilah sebabnya kenapa di dalam ISLAM kita diajar untuk mengawal nafsu marah dengan wudhu, solat dan zirullah dan menggunakan ia (tenaga) ke jalan kebaikan seperti beriadah, ibadah dan berdakwah.



Sumber Rujukan:  

Buku berjudul "Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku", tahun 2013, penulis Mukhlas Say-Syarkani Al-Falah, penerbit Telaga Biru Sdn Bhd, Malaysia.

ummi online

Olahan: NuA Che Tak

Sekian dahulu.

Terima kasih kerana sudi membaca. jemput baca post2 lain yg ada di blog ini.
Boleh juga tengok produk2 jualan BaOSt.


Ape2 pertanyaan atau pesanan boleh hubungi 012 – 669 5761 (NuA).

No comments:

Post a Comment