Monday, January 16, 2017

Perihal Tidur Selepas Subuh

Antara ayat yang biasa kita dengar di dalam hidup adalah

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”.

Ini persoalan yang timbul:

Macam mana dengan orang yang kerja shift malam? Pemandu Bas, Nurse, Pengawal Keselamatan, Kontraktor, Polis dan lain-lain.

Macam mana dengan Ibu yang tidak dapat tidur menjaga anak-anak di waktu malam?

Macam mana dengan pelajar yang belajar pada lewat malam kerana malam lebih selesa?

Macam mana dengan peniaga Uptown?

Sekarang ini zaman yang banyak fitnah dan kita selaku umat Islam perlu berusaha mendapatkan kesahihan fakta yang  kita dapat supaya generasi akan datang tidak menjadi lebih keliru. Dengan teknologi sekarang ini kita mudah mendapatkan maklumat dan juga mengesahkan maklumat yang diperoleh. Ini lah yang dimaksudkan menggunakan ilmu di jalan yang bermanfaat.

Islam itu SEMPURNA. Islam itu MUDAH. Islam itu PENYELESAIAN MASALAH.

Walaupun hakikatnya tiada dalil nas al-quran dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat (QAUL) daripada sebahagian (bukan sepakat secara keseluruhan) ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi sebenarnya tiada larangan tidur selepas subuh seperti yang diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ini.

Jom kita baca penerangan beliau:

Penerangan Perihal Tidur Selepas Subuh oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.

Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ . وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏ 

Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani (sila google untuk bio-grafi atau kalau ada masa pergi ke perpustakaan berdekatan) menilainya Sahih.

Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.

Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan sahih.

Begitu juga dengan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.

Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.

Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati  rezeki dan amalannya.[1]

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.

Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.

Kesimpulan

Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan menghidupkan waktu selepas subuh.

Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:


“Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.[3]

Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

TAMAT ULASAN MUFTI

Jadi bagaimana persepsi kita dan apakah usaha kita untuk generasi akan datang? Mari kita jelaskan perihal tidur selepas subuh dan keutamaan waktu subuh dan siang di dalam pengurusan masa kepada saudara-saudara kita.

Anuar Fitri Chetak.

16 Januari 2017.

8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak

Memberi pendedahan kepada sesuatu yang baru buat anak-anak ada ketikanya memberi cabaran buat ibu dan bapa, namun jika dilihat pada sudut yang positif, anak-anak akan dapat mempelajari benda baru, dan dijadikan sebagai pengalaman buat mereka. Ianya menjadi lebih bermakna apabila ibubapa melibatkan diri di dalam proses ini.


Jangan meletakkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru sahaja. Ini akan menjadi punca anak-anak tidak merujuk atau berkongsi masalah atau pengalaman dengan anda (ibubapa). Karier itu penting tetapi hubungan dengan anak-anak lebih penting. Mereka mahukan perhatian. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan anak-anak beroleh manfaat.


Terdapat 8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak


1. Sentiasa Update Perihal Anak-Anak dengan Guru.
2. Kenal Pasti Kelebihan Anak-anak.
3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi
4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
5. Bermain dengan Anak-anak.
6. Bacakan untuk Anak-anak.
7. Hadkan Penggunaan Gajet
8. Percaya dan Hargai Guru

Keterangan:

1. Komunikasi

Guru merupakan partner anda (ibubapa) dalam mendidik anak-anak. Berkongsilah sebarang perkembangan anak-anak di rumah dengan guru. Ini memberi mereka kefahaman tentang status terkini anak-anak. Kenal pasti guru-guru yang rapat atau perihatin dengan anak-anak anda, Sekurang-kurangnya seorang. Kalau takde jugak gur besar atau kaunselor pun jadilah daripada takde langsung. Put some effort.

2. Kenal Pasti Kelebihan Anak

Jangan letak STANDARD yg MELAMPAU kepada anak-anak sebelum anda faham kelebihan anak-anak anda. Ramai ibubapa terlalu focus kepada pencapaian anak-anak dengan ujian-ujian akademik semata-mata. Anak-anak mempunyai karakter individu yang berbeza dan bakat tersendiri. Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling perlu tahu yang anak mereka memang berbeza. Fahamilah karekter anak-anak anda. Dia minat muzik ke dia suka melukis. Beri peluang mereka mencuba aktiviti-aktiviti yang boleh mengasah bakat.

3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi

Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan anak-anak tingkatkan self-control and efficacy. Macam sesuatu yang TABOO atau AWKWARD dalam masyarakat bila kita galakkan perbincangan yang serius diadakan antara ibu bapa dan anak. Ada anak-anak macam malu nak luahkan perasaan and needs sebab di rumah mereka tidak diajar untuk menzahirkan perasaan. Bila kat sekolah, malu tak kena tempat tu berlanjutan. Malu nak tanya soalan. Malu nak jawab soalan.

4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
Tolonglah ambil tahu. Tanya guru peningkatan dan aktiviti anak-anak, tapi biar berpada. Datang sekolah. Jangan ngelat bila ada report card day. Sekali sekala hantar anak sampai ke dalam kelas. Check stationary dalam beg cukup ke tidak. Volunteering adalah perkara yang terbaik untuk tahu hal-hal sekolah supaya ibu bapa kekal cakna perkembangan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah lagi suka kalau ada ibu bapa yang volunteer nak involve mana-mana events.

5. Bermain Bersama Anak

Jangan harapkan sekolah sahaja yang bagi peluang bermain kepada anak-anak. Jangan kunci rumah bila anak di rumah. Teman anak anda bermain di luar. Luangkan masa bersama. Jangan bagi otak anak berhenti time weekend sebab anda malas untuk melayan karenah mereka. Carilah permainan yang melibatkan interaksi dua hala seperti throw and catch, bola sepak, bola baling, sorok-sorok, masak-masak, doctor pesakit, lego, domino dan macam-macam lagi. Kalau rasa outdoor susah, mulakan dengan indoor.



6. Bacakan Untuk Anak

Bacakan anak anda sekali sebenarnya tak cukup. Kalau boleh tiga kali sehari. Bukanlah bermaksud bila cakap membaca tu ibarat nak bacakan cerita panjang-panjang. Jenuh lah jugak kan. Ada banyak jenis bahan bacaan. Soft book, predictable book, picture cards/book, flash card, big book, wordless book. Eh, banyaklah. Nak seribu daya. Oh ya, sedikit tips, janganlah skema sangat baca buku dari awal hingga akhir. Tanyalah karakter apa yang baik, apa yang akan berlaku next, recognize vocab baru. Kalau rasa susah nak baca, tengok lah rancangan kartun bersama-sama. Layan kan aja walau pun anda tak minat. Sekurang-kurangnya kita hargai minat anak-anak.


7. Hadkan Penggunaan Gajet

TV, ipad, tablet, games, ps4, xbox tolonglah kurangkan. Bukan tak boleh. Tapi kurangkan, hadkan dan pantau isi kandungan Letakkan had di dalam penggunaan gajet terutamanya waktu makan, waktu bermain di luar, waktu belajar dan waktu tidur. Makin lama anak-anak meluangkan masa dengan gajet, makin kurang mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Mereka akan menjadi lebih takut berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ini juga membuka ruang kepada gejala buli. Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang bercakap di atas kesilapan sendiri. Kini banyak kes mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang terlalu lama meluangkan bermain gajet.

8. Percaya dan Hargai Guru

Percayakan guru anak anda. Mereka professional dalam bidang mendidik anak-anak. Kalau guru pesan suruh banyakkan bercakap di rumah sebab anak kurang bercakap di sekolah, cuba la dengar nasihat. Lagi-lagi JIKA anak-anak ada potensi mempunyai masalah pembelajaran seperti dsylexia, autism, adhd dan lain-lain. Guru-guru boleh mengesan jika anak anda lain daripada yang lain. Mereka boleh beri nasihat supaya jumpa yang doktor pakar.


Persepsi ibu bapa macam tak boleh nak terima anak itu ada kekurangan. Ingat, lagi awal kekurangan dapat di kesan, lagi cepat kita boleh bantu untuk kurangkan masalah pembelajaran. Jangan bila dah masuk sekolah rendah, kita redha je anak masuk kelas pemulihan dek kerana ego ibu bapa yang tak percaya dan terlambat percaya dengan seorang guru tadika.



Ramai pandang rendah kerjaya seorang guru tadika. Kerana ego mungkin sebab berkerjaya lebih besar dan gaji lebih banyak dari seorang guru. Masa anak anda terluang lebih banyak dengan guru berbanding anda. Jangan salahkan anak-anak kalua dah tua nanti anda dihantar ke rumah orang tua atau tiada yang balik menjenguk kerana semasa mereka kecil anda terlalu sibuk dengan karier anda. Masa akan dating mereka pun akan ikut teladan anda dan sibuk dengan karier masing-masing.


Berilah penghargaan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak. Lebih bagus kalau anda boleh beri penghargaan anda secara sendiri. Jangan tunggu Hari Guru atau Hari Anugerah.


Anuar Fitri Chetak
16 Januari 2017.

Saturday, December 17, 2016

Fakta Tepung

1. Tepung gandum bahan peluntur

Sumber: MyMetro pada 18 Februari 2012

KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.



2. Kementerian Kesihatan Malaysia : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar

Sumber: MyMetro pada 18 Februari 2012


KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.


3. Carigold.com pada 25 November 2011: Tepung Gandum di Malaysia BAHAYA


"saya just nak share dan nak minta juga komen2 dari cgrian semua. Baru-baru ni saya jupe seorang rakan yang kerja dengan sebuah company dari Dubai yang eksport tepung gandum.

Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada bahan kimia...saya simpulkan dulu cite dia...katanya...tepung gandum sebenarnya warna putih mcm vanila...bukan putih mcm tepung yang kita biasa jumpa di market. Katanya tepung yang terhasil dan bewarna putih vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi di malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..so kalernye mcm teh. So nak buang kaler teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?

Benzoyl Peroxide adalah :
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Bila dah letak bahan ni...zat2 kat tepung tu sume hilang. So kalau dah hilang..camne? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah n murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada tepung putih ni sebab takde zat dah...dan padanlah ramai rakyat malaysia ramai kena kanser...dan budak2 sekarang makin teruk perangai.

Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung mmg guna tepung ni. Dia bagitau saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari Dubai. So antara brand yang pakai tepung asli ni dan bebas dari bahan kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.

Ni sekadar info...saya pun tak tau boleh ke stop pakai tepung ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL PEROXIDE atau BLEACH."


4. Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?

Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).

Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.

Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.

Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan. 

5. Ambil sikap perihatin dalam berbelanja.

Pastikan anda tahu bahan-bahan yang digunakan menghasilkan sesuatu produk itu selamat digunakan. Bagaimana nak kenalpasti? Sekarang ini informasi di hujung jari. Kita ada badan-badan seperti KKM, KPDNKK JAKIM, PPIM dan para aktivis yang bergerak mengenal pasti produk bahaya dan menyebarkan maklumat. Kena la rajin selidik maklumat-maklumat yang diperoleh.


Lebih selamat sekiranya kita membeli dengan orang yang kita kenal. Kalau ada pilihan membeli dengan orang Islam, itu lebih baik.


TEPUNG BIDARA

Maklumat Produk: Tepung Bidara

Jenis Produk: Bahan Mentah / Komoditi / Tepung Gandum

Jenama: BIDARA

Pengilang: Bidara Flour Sdn Bhd

Lokasi: Shah Alam, Selangor

Bentuk Pembungkusan:

Kod: P1: 1 Peket 1 kg
Kod: P2: 1 Kotak 12 kg (mengandungi 12 peket 1 kg)
Kod: P3: 1 Beg 5 kg
Kod: P4: 1 Guni 30kg (mengandungi 6 beg 1 kg) 

Servis Penghantaran:

Persendirian: Minimum Order adalah 3 kg. Penghantaran PERCUMA pada hari sabtu dan ahad.

Perniagaan: Minimum Order adalah 30 kg. Penghantaran PERCUMA pada hari sabtu dan ahad.

Cara membuat belian:

1. SMS / Whatsapp 6 Maklumat Pesanan kepada 012 - 669 5761 (Cakcibor 13)

Nama Pembeli:
No HP Penerima:
Alamat Penghantaran:
Kod Produk:
Kuantiti:
Tarikh Penghantaran:

2. Pihak Cakcibor 13 akan menghubungi anda untuk pengesahan order dan memberi maklumat untuk pembayaran.

3. Buat pembayaran dan hantar bukti bayaran kepada 012 - 669 5761 (Cakcibor 13)

4. Penghantaran akan dibuat dalam masa 24 jam setelah bayaran diterima. Pihak Cakcibor 13 akan menghubungi Pihak Penerima untuk pengesahan waktu penghantaran. No Rujukan Penghantaran akan diberi setelah waktu penghantaran disahkan.

Info Tepung: Tepung Tanpa Peluntur VS Tepung Berpeluntur

Tepung merupakan salah satu bahan yang wajib ada kat dapur. Ada banyak jenis tepung yang digunakan di dalam aktiviti memasak mak-mak, akak-akak dan abang-abang kita semua.

Antara jenis tepung adalah:

1.  Tepung gandum: nama lain adalah tepung serbaguna. Tepung ni paling banyak digunakan dalam kerja masak-memasak. Digunakan untuk buat karipap, donut, pau, cekodok, mee dan kek.

2.   Tepung jagung: Fungsinya menguatkan atau memekatkan adunan seperti sos atau kuah. Di dalam pembuatan biskut pula, ia digunakan untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

3.   Tepung beras: diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Kebiasaannya digunakan untuk masak apam, bihun, laksa, pisang goreng

4.   Tepung pulut: juga dikenali dengan nama glutinous rice flour. Kadar kanji yang tinggi. Menggemukkan. Oops. Digunakan untuk buat kuih tradisional macam kuih godok, lepat, talam dan kawan-kawan.

5.   Tepung sagu: dibuat daripada bahagian tengah pokok sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndam supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dijadikan tepung. Digunakan untuk buat bubur dan keropok.

Tepung gandum pula mempunyai 2 jenis iaitu;




1.       Tepung gandum tanpa peluntur

Tepung gandum yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia peluntur benzoyl peroxide. Tepung ini kebiasaannya mahal sedikit berbanding dengan tepung berpeluntur kerana ianya dihasilkan mengikut piawaian yang lebih selamat dan menggunakan sumber gandum yang memang untuk gred makanan. Syarikat pengeluar akan meletakkan label ‘TANPA PELUNTUR / TIADA BENZOYL PEROXIDE’ pada bungkusan produk. Sebagai pengguna yang bijak, periksalah status produk dulu sebelum membeli. Jangan terlalu taksub dengan harga murah sahaja. Tak gitu kome?

2.      Tepung gandum berpeluntur 

Tepung yang diproses dan dilunturkan menggunakan bahan kimia benzoyl peroxide. Peluntur kebiasaannya digunakan pada tepung yang gred rendah (bukan gred makan) untuk melunturkan warna coklat atau perang pada tepung. Penggunaan bahan kimia ini akan menyebabkan sebahagian besar kandungan nutrisinya hilang. Memandang syarat pengeluaran produk perlukan kandungan nutrisi, pengeluar kebiasaannya akan mencampurkan ekstrak tulang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Sumber protein yang tinggi dan paling murah adalah daripada tulang khinzir. Boleh juga menggunakan tulang rusa atau kambing. Tapi kosnya jauh jauh berbeza.  Jadi rasanya kalau nak untung pengeluar akan guna yang mana? Pandai2 la kome fikirkan.

Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide memang banyak disekat oleh badan-badan atau agensi keselamatan makanan di Eropah. Sila google untuk lebih lanjut. Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro dan TV9 juga ada membuat liputan berkenaan tepung berpeluntur ini.

klik sini untuk liputan daripada sumber berita

Pilihan alternative tepung gandum tanpa peluntur oleh usahawan tempatan sudah pun lama berada dipasaran. Cuma tahu atau pun tidak je. Concern or Ignorance. Antara jenama tepung tanpa bahan peluntur adalah:

1.       Tepung FAIZA
2.      Tepung BIDARA
3.      Tepung MYDIN
4.      Tepung 1 Malaysia

Tepung Gandum keluaran BIDARA FLOUR merupakan produk keluaran tempatan. Pemiliknya adalah Ahmad Hassan. Sumber gandum diimport daripada Turki dan India. Bermula pada tahun 2009. Kilangnya terletak di Shah Alam. Mempunyai sijil HALAL JAKIM. Ahli kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Syarikat BIDARA FLOUR juga membekal tepung mereka kepada Syarikat FAIZA.







Produk tepung gandum ini boleh didapati melalui Cakcibor 13 Personal Shopper. Penghantaran disediakan.

Hubungi 012-669 5761 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan. (Call / SMS / Whatsapp) 


COKLAT MOSHA Minuman Coklat Malt Tempatan


Maklumat Produk

Jenama: MOSHA

Jenis: Minuman Coklat Malt (serbuk)

Pembungkusan (Packaging): 1 kg / peket

Harga: RM17.00

Pengeluar & Pengilang: Kopi Dagang Resources Sdn Bhd

Lokasi Kilang & Pejabat: Klang, Selangor

Pemilik: Mohd Sharifuddin




Cara membuat belian:

1. SMS / Whatsapp 6 Maklumat Pesanan kepada 012 - 669 5761 (Cakcibor 13)

Nama Pembeli:
No HP Penerima:
Alamat Penghantaran:
Kod Produk:
Kuantiti:
Tarikh Penghantaran:

2. Pihak Cakcibor 13 akan menghubungi anda untuk pengesahan order dan memberi maklumat untuk pembayaran.

3. Buat pembayaran dan hantar bukti bayaran kepada 012 - 669 5761 (Cakcibor 13)


4. Penghantaran akan dibuat dalam masa 24 jam setelah bayaran diterima. Pihak Cakcibor 13 akan menghubungi Pihak Penerima untuk pengesahan waktu penghantaran. No Rujukan Penghantaran akan diberi setelah waktu penghantaran disahkan.

Keterangan Promosi Coklat MOSHA

Di Malaysia ni jarang kita dengar di kedai-kedai orang sebut ‘Coklat Ais’ atau ‘Coklat Panas’ bila order air. Paling selalu orang kita ni akan sebut ‘Milo Ais’ atau ‘Milo Panas’ bila nak order minuman coklat. Sebabnya daripada kecik sampai ke besar memang xde jenama lain yang berjaya di ‘install’ di kepala hotak kita selain daripada kalau nak minum coklat mesti ‘MILO’ dan warna peket mesti hijau.

Padahal sebenarnya ada je brand lain macam ovaltine, vico, Cadbury. Tapi branding diorang x sehebat MILO. Begitu juga dengan kes ubat gigi dan mee segera yang brand tu berjaya jadi produk. Itu lah Mehsia.

Kita sekarang sudah pun mempunyai produk minuman coklat jenama tempatan yang dimiliki oleh usahawan tempatan, diusahakan oleh orang tempatan dan dipasarkan di seluruh Malaysia. Ada banyak jenama antaranya MOSHA, CHOKEE, SMYLO, MUNIF KOKO, TAMAR KOKO dan macam-macam lagi. Ada pengusaha dia tambah nilai produk macam kismis, tamar, badam dan stevia. Ada juga yang betul-betul coklat semata mata. Kebanyakan produk ini dipasarkan melalui kedai-kedai muslim / halal mart seperti Az Zain dan juga melalui ejen-ejen yang menjual di pasar tani, expo-expo dan facebook.

Satu komplen yang biasa aku dengan bila promosi produk tempatan ni adalah ‘SUSAH NAK DAPAT SECARA KONSISTEN’. Fakta ini agak betul sebabnya kebanyakan peniaga susah nak maintain jual sesuatu produk. Puncanya banyak dan yang paling utama adalah kurang sambutan daripada pengguna sebab kurang promosi, harga x kompetitif dan packaging x menarik. Tapi pada aku, semua tu cabaran untuk usahawan cari ilmu dan upgrade produk supaya kita dapat istiqamah dalam berniaga.

Di Cakcibor 13 Personal Shopper, aku nak perkenalkan 1 produk yang mampu untuk menjadi alternatif kepada minuman coklat MILO iaitu Minuman Coklat MOSHA. Produk ini milik usahawan tempatan yang bernama Mohammad SHArifuddin. Kilang di Jalan Sementa,Klang. Packaging dah kemas, kualiti rasa dia memang TERBAIK, harga pun jimat (RM17 untuk 1kg). Nutrition Fact dah ada, Halal JAKIM pun dah ada. Bancuh dah x payah nak tambah gula atau susu. Ini adalah JIHAD EKONOMI daripada usahawan tempatan membuka pilihan alternative kepada pengguna. 

Kepada peminat2 MILO yang kononnya lidah dah terbiasa dan memang x boleh nak ubah, lantak korang lah. 

Terpulanglah kepada orang-orang yang siang malam pagi petang berdebat hal agama untuk support / sokong JIHAD EKONOMI. Bak kata pepatah melayu, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DAYA.  Ini pun salah satu dakwah melalui perbuatan yang boleh menjadi perjuangan juga walau pun nampak remeh.

Penghantaran disediakan. Setakat ni paling jauh aku hantar adalah KOTA BHARU. Kawan sekolah aku di SMU (Arab) Diniah Peringat beli sebagai support. Thanks! Tak lupa juga regular buyers yang selama ini membeli dengan aku iaitu Mak sendiri, Nasa INSTUN (Behrang, Perak), Opahku (Melaka), Kak Suriya dan Adik2 aku. Hehehe..... Jasamu dikenang.











Kepada pengunjung blog yang membaca sampai habis tulisan aku ni, kalau nak mula cuba produk ni boleh hubungi 012-669 5761 atau 018-210 6977. Aku akan cuba bagi servis sebaik mungkin. Ada banyak produk-produk tempatan yang boleh jadi alternatif yang akan aku kongsikan di blog aku yang x tahu la ada ke x pengunjungnya ni. Kita usaha, doa dan tawakal. Ada rezeki ada la order. Tak gitu?

Sekian dulu, Assalamualaikum....


Anuar Fitri Chetak.