Friday, November 6, 2015

Rahsia Di Sebalik Surah Al-Kauthar.




Surah ini merupakan surah yg paling pendek di dalam Al-quran. Hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah.

Bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu. Baunya lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W.

Surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi. Iaitu anak lelakinya ibrahim dan bapa saudaranya abu talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini:

1.       Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
2.      Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, Insya ALLAH hilang dahaga.
3.      Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, Sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4.      Jika rumah dipercayai terkena sihir, Baca surah ini 10x mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
5.      Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
6.      Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7.      Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Rasulullah bersabda:
‘Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan. Maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.’

Sekian dahulu.
Terima kasih kerana sudi membaca. jemput baca post2 lain yg ada di blog ini.

Ape2 pertanyaan atau pesanan boleh hubungi 012 – 669 5761 (NuA).

          



Tuesday, November 3, 2015

Multi tasking VS Single tasking: Yg Mana lebih produktif


Saya berpendapat single tasking lebih baik di mana kita lebih fokus dalam melakukan sesuatau aktiviti atau perkara. Dengan pengurusan masa yang betul single tasking boleh membentuk serial tasking yg sangat produktif. 




Multi-tasking adalah gaya kerja di mana kita melakukan 2-3 atau lebih aktiviti serentak. Sebagai contoh, kita sedang menaip laporan pejabat dan pada masa yang sama kita juga melayari facebook, menonton video muzik di youtube, mengambil sarapan dan berinstagram. Perhatian kita dibahagikan kepada beberapa perkara untuk dilakukan secara bersambung-sambung dan bergilir-gilir.

Single Tasking pula adalah gaya kerja di mana kita melakukan 1 aktiviti pada 1 masa sehingga ianya siap. Aktiviti yang kedua akan bermula sebaik sahaja selesai aktiviti yang pertama. Melalui cara ini focus 100% diberikan untuk 1 kerja.

Lazimnya, kita akan berasa lebih efektif dan produktif apabila kita melakukan beberapa kerja serentak kerana pada akal fikiran kita dengan melakukan beberapa kerja serentak akan menghasilkan kerja yang lengkap dengan kuantiti yang banyak di penghujung masa yang ditetapkan.  

Pada hakikatnya apa yang berlaku adalah di sebaliknya berdasarkan sebuah artikel kajian bertajuk ‘Harvard Business Review’. Keberkesanan otak akan menurun ke 40% apabila kita melakukan multi-tasking. Ini kerana otak memerlukan masa 5-15 minit untuk re-fokus kepada sesuatu aktiviti atau perkara apabila perhatian dipindahkan. Ini menyebabkan kualiti kerja akan menurun dan lebih masa diperlukan.

Hasil kajian menyatakan bahawa single tasking menghasilkan kerja yang lebih produktif di mana lebih banyak tumpuan, penelitian dan kreativiti dapat diberikan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. Single-Tasking boleh diaturkan dengan kemas bagi mewujudkan serial tasking. Bebanan pada otak akan menjadi kurang dan kita akan menjadi lebih focus kepada sesuatu kerja atau perkara.

Seperti apabila kita makan sebiji burger, kita akan rassa selesa dan puas hati apabila kita makan dengan tertib 1 gigitan pada 1 masa. Tidak bercakap ketika makan akan menjimatkan masa yang diperuntukkan untuk makan. Boleh berborak apabila selesai makan. Nampak lebih sopan dan beradab.

Kesimpulannya single tasking lebih produktif berbanding multi-tasking.

Ini adalah pendapat saya. Setiap orang mempunyai pandangan masing2 dan bebas untuk mengikut apa yang mereka rasa betul.


Terima kasih kerana membaca sampai habis.