Monday, January 16, 2017

Perihal Tidur Selepas Subuh

Antara ayat yang biasa kita dengar di dalam hidup adalah

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”.

Ini persoalan yang timbul:

Macam mana dengan orang yang kerja shift malam? Pemandu Bas, Nurse, Pengawal Keselamatan, Kontraktor, Polis dan lain-lain.

Macam mana dengan Ibu yang tidak dapat tidur menjaga anak-anak di waktu malam?

Macam mana dengan pelajar yang belajar pada lewat malam kerana malam lebih selesa?

Macam mana dengan peniaga Uptown?

Sekarang ini zaman yang banyak fitnah dan kita selaku umat Islam perlu berusaha mendapatkan kesahihan fakta yang  kita dapat supaya generasi akan datang tidak menjadi lebih keliru. Dengan teknologi sekarang ini kita mudah mendapatkan maklumat dan juga mengesahkan maklumat yang diperoleh. Ini lah yang dimaksudkan menggunakan ilmu di jalan yang bermanfaat.

Islam itu SEMPURNA. Islam itu MUDAH. Islam itu PENYELESAIAN MASALAH.

Walaupun hakikatnya tiada dalil nas al-quran dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat (QAUL) daripada sebahagian (bukan sepakat secara keseluruhan) ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi sebenarnya tiada larangan tidur selepas subuh seperti yang diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ini.

Jom kita baca penerangan beliau:

Penerangan Perihal Tidur Selepas Subuh oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.

Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ . وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏ 

Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani (sila google untuk bio-grafi atau kalau ada masa pergi ke perpustakaan berdekatan) menilainya Sahih.

Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.

Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan sahih.

Begitu juga dengan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.

Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.

Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati  rezeki dan amalannya.[1]

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.

Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.

Kesimpulan

Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan menghidupkan waktu selepas subuh.

Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:


“Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.[3]

Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

TAMAT ULASAN MUFTI

Jadi bagaimana persepsi kita dan apakah usaha kita untuk generasi akan datang? Mari kita jelaskan perihal tidur selepas subuh dan keutamaan waktu subuh dan siang di dalam pengurusan masa kepada saudara-saudara kita.

Anuar Fitri Chetak.

16 Januari 2017.

8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak

Memberi pendedahan kepada sesuatu yang baru buat anak-anak ada ketikanya memberi cabaran buat ibu dan bapa, namun jika dilihat pada sudut yang positif, anak-anak akan dapat mempelajari benda baru, dan dijadikan sebagai pengalaman buat mereka. Ianya menjadi lebih bermakna apabila ibubapa melibatkan diri di dalam proses ini.


Jangan meletakkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru sahaja. Ini akan menjadi punca anak-anak tidak merujuk atau berkongsi masalah atau pengalaman dengan anda (ibubapa). Karier itu penting tetapi hubungan dengan anak-anak lebih penting. Mereka mahukan perhatian. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan anak-anak beroleh manfaat.


Terdapat 8 LANGKAH Ibu Bapa Membantu Guru Mendidik Anak-anak


1. Sentiasa Update Perihal Anak-Anak dengan Guru.
2. Kenal Pasti Kelebihan Anak-anak.
3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi
4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
5. Bermain dengan Anak-anak.
6. Bacakan untuk Anak-anak.
7. Hadkan Penggunaan Gajet
8. Percaya dan Hargai Guru

Keterangan:

1. Komunikasi

Guru merupakan partner anda (ibubapa) dalam mendidik anak-anak. Berkongsilah sebarang perkembangan anak-anak di rumah dengan guru. Ini memberi mereka kefahaman tentang status terkini anak-anak. Kenal pasti guru-guru yang rapat atau perihatin dengan anak-anak anda, Sekurang-kurangnya seorang. Kalau takde jugak gur besar atau kaunselor pun jadilah daripada takde langsung. Put some effort.

2. Kenal Pasti Kelebihan Anak

Jangan letak STANDARD yg MELAMPAU kepada anak-anak sebelum anda faham kelebihan anak-anak anda. Ramai ibubapa terlalu focus kepada pencapaian anak-anak dengan ujian-ujian akademik semata-mata. Anak-anak mempunyai karakter individu yang berbeza dan bakat tersendiri. Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling perlu tahu yang anak mereka memang berbeza. Fahamilah karekter anak-anak anda. Dia minat muzik ke dia suka melukis. Beri peluang mereka mencuba aktiviti-aktiviti yang boleh mengasah bakat.

3. Mendengar Luahan Anak-anak dan Berinteraksi

Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan anak-anak tingkatkan self-control and efficacy. Macam sesuatu yang TABOO atau AWKWARD dalam masyarakat bila kita galakkan perbincangan yang serius diadakan antara ibu bapa dan anak. Ada anak-anak macam malu nak luahkan perasaan and needs sebab di rumah mereka tidak diajar untuk menzahirkan perasaan. Bila kat sekolah, malu tak kena tempat tu berlanjutan. Malu nak tanya soalan. Malu nak jawab soalan.

4. Libatkan Diri Di Dalam Aktiviti-aktiviti Akademik dan Ko-kurikulum Anak-anak.
Tolonglah ambil tahu. Tanya guru peningkatan dan aktiviti anak-anak, tapi biar berpada. Datang sekolah. Jangan ngelat bila ada report card day. Sekali sekala hantar anak sampai ke dalam kelas. Check stationary dalam beg cukup ke tidak. Volunteering adalah perkara yang terbaik untuk tahu hal-hal sekolah supaya ibu bapa kekal cakna perkembangan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah lagi suka kalau ada ibu bapa yang volunteer nak involve mana-mana events.

5. Bermain Bersama Anak

Jangan harapkan sekolah sahaja yang bagi peluang bermain kepada anak-anak. Jangan kunci rumah bila anak di rumah. Teman anak anda bermain di luar. Luangkan masa bersama. Jangan bagi otak anak berhenti time weekend sebab anda malas untuk melayan karenah mereka. Carilah permainan yang melibatkan interaksi dua hala seperti throw and catch, bola sepak, bola baling, sorok-sorok, masak-masak, doctor pesakit, lego, domino dan macam-macam lagi. Kalau rasa outdoor susah, mulakan dengan indoor.



6. Bacakan Untuk Anak

Bacakan anak anda sekali sebenarnya tak cukup. Kalau boleh tiga kali sehari. Bukanlah bermaksud bila cakap membaca tu ibarat nak bacakan cerita panjang-panjang. Jenuh lah jugak kan. Ada banyak jenis bahan bacaan. Soft book, predictable book, picture cards/book, flash card, big book, wordless book. Eh, banyaklah. Nak seribu daya. Oh ya, sedikit tips, janganlah skema sangat baca buku dari awal hingga akhir. Tanyalah karakter apa yang baik, apa yang akan berlaku next, recognize vocab baru. Kalau rasa susah nak baca, tengok lah rancangan kartun bersama-sama. Layan kan aja walau pun anda tak minat. Sekurang-kurangnya kita hargai minat anak-anak.


7. Hadkan Penggunaan Gajet

TV, ipad, tablet, games, ps4, xbox tolonglah kurangkan. Bukan tak boleh. Tapi kurangkan, hadkan dan pantau isi kandungan Letakkan had di dalam penggunaan gajet terutamanya waktu makan, waktu bermain di luar, waktu belajar dan waktu tidur. Makin lama anak-anak meluangkan masa dengan gajet, makin kurang mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Mereka akan menjadi lebih takut berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ini juga membuka ruang kepada gejala buli. Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang bercakap di atas kesilapan sendiri. Kini banyak kes mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang terlalu lama meluangkan bermain gajet.

8. Percaya dan Hargai Guru

Percayakan guru anak anda. Mereka professional dalam bidang mendidik anak-anak. Kalau guru pesan suruh banyakkan bercakap di rumah sebab anak kurang bercakap di sekolah, cuba la dengar nasihat. Lagi-lagi JIKA anak-anak ada potensi mempunyai masalah pembelajaran seperti dsylexia, autism, adhd dan lain-lain. Guru-guru boleh mengesan jika anak anda lain daripada yang lain. Mereka boleh beri nasihat supaya jumpa yang doktor pakar.


Persepsi ibu bapa macam tak boleh nak terima anak itu ada kekurangan. Ingat, lagi awal kekurangan dapat di kesan, lagi cepat kita boleh bantu untuk kurangkan masalah pembelajaran. Jangan bila dah masuk sekolah rendah, kita redha je anak masuk kelas pemulihan dek kerana ego ibu bapa yang tak percaya dan terlambat percaya dengan seorang guru tadika.



Ramai pandang rendah kerjaya seorang guru tadika. Kerana ego mungkin sebab berkerjaya lebih besar dan gaji lebih banyak dari seorang guru. Masa anak anda terluang lebih banyak dengan guru berbanding anda. Jangan salahkan anak-anak kalua dah tua nanti anda dihantar ke rumah orang tua atau tiada yang balik menjenguk kerana semasa mereka kecil anda terlalu sibuk dengan karier anda. Masa akan dating mereka pun akan ikut teladan anda dan sibuk dengan karier masing-masing.


Berilah penghargaan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak. Lebih bagus kalau anda boleh beri penghargaan anda secara sendiri. Jangan tunggu Hari Guru atau Hari Anugerah.


Anuar Fitri Chetak
16 Januari 2017.