Assalamu ‘Alaykum & Salam
Sejahtera.
Hari aku nak menulis tentang MARAH.
Ape yg best sangat pasal MARAH ni? Seronok ke MARAH ni? Ape implikasi MARAH
kepada kesihatan kita semua?
MARAH ni adalah sejenis perasaan
atau emosi di mana kita berada di dalam kedudukan emosi yang kurang stabil. Setengah orang boleh
kawal, setengah orang pendam dan setengah orang x dapat nak kawal.
Kita akan mudah untuk marah atau
naik hangin atau meletop apabila fizikal atau mental kita berada dalam keadaan
yang kurang baik seperti keletihan atau tertekan dan sebagainya. Ini juga
bergantung kepada sejauh mana kemampuan seseorang itu mengawal emosi dia
sendiri.
Jika emosi marah itu dikendalikan
dengan berhemah, maka ia tidak akan membawa kesan yang negative, namun sebaliknya
jika ia dibiarkan atau diLAYAN tanpa berlandaskan nilai-nilai murni seperti
bersangka baik, berfikir positif, mengambil wudhu dan sebagainya, maka ianya
akan mendatangkan kesan yang negative terhadap kehidupan kita. Namun jika emosi
marah dizahirkan dengan sebab-sebab yang mewajibkan kita untuk marah seperti kita
berasa sangat marah apabila umat Islam disiksa atau dizalimi, ianya menjadi
satu kewajipan dan tidak boleh berdiam
diri. Marah yang dilarang ialah marah yang mengikut hawa nafsu.
Iklan
Sket: Jom Rawat resdung anda hari ini. Dapatkan SINUS CURE segera. Penawar
Resdung berasaskan tumbuhan yg mendapat kelulusan KKM. Ramai telah Berjaya.
Hubungi 012 – 669 5761. Jangan marah ye….
Jantung
kita akan berdegup dengan sangat laju secara mengejut apabila kita berada dalam
keadaan marah. Pada masa yang darah & oksigen dipam dengan tekanan yang
lebih kuat dan mengalir dengan lebih laju daripada kebiasaan (tekanan darah
meningkat). Badan akan menjadi sangat responsive terhadap tekanan dan
menghasilkan hormone kortisol yang juga dikenali sebagai hormone tekanan.
Hormon kortisol berfungsi menghasilkan tenaga bagi tujuan ‘survival’
meningkatkan fungsi memori, meningkatkan ketahanan tubuh dan menurunkan kepekaan
terhadap rasa sakit.
Kesemua perubahan ini berlaku secara
mendadak dan kesannya bergantung kepada berapa lama seseorang itu berada dalam
keadaan marah atau tertekan, sekuat mana kemarahan yang dialami dan berapakah
kekerapan dia memilih untuk berada dalam keadaan yang marah. Kortisol yang
dikeluaran secara berlebihan dan kerap akan menyebabkan arteriosclerosis
(penggumpalan plak lemak pada dinding saluran darah menyebabkan ruang
pengaliran darah pada saluran mengecil dan akhir tersumbat).
Menurut kajian yang telah dilakukan
oleh Ahli Kardiologi Amerika, melalui jurnal yang mereka terbitkan, perasaan
marah dapat meningkatkan kemungkinan penyakit jantung koroner akut sebanyak 19%
bagi seseorang yang tidak mempunyai penyakit jantung, dan 24% bagi seseorang
yang memang mempunyai penyakit jantung.
Ma Shaa ALLAH.
Inilah sebabnya kenapa di dalam
ISLAM kita diajar untuk mengawal nafsu marah dengan wudhu, solat dan zirullah
dan menggunakan ia (tenaga) ke jalan kebaikan seperti beriadah, ibadah dan
berdakwah.
Sumber Rujukan:
Buku berjudul "Allah
Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku", tahun 2013, penulis Mukhlas
Say-Syarkani Al-Falah, penerbit Telaga Biru Sdn Bhd, Malaysia.
ummi online
Olahan: NuA Che Tak
Sekian dahulu.
Terima kasih kerana sudi membaca. jemput baca
post2 lain yg ada di blog ini.
Boleh juga tengok produk2 jualan BaOSt.
Ape2 pertanyaan atau pesanan boleh hubungi 012 –
669 5761 (NuA).